Rabu, 25 Mac 2009

Temanku

Teman...
hidup tanpa iman,
hancurlah masa depan,
akal tanpa pemikiran,
musnahlah diri..

Sedarlah teman..
hidup ini hanya pinjaman,
keseronokan hanya ujian,
janganlah kau terus hanyut,
dibawa arus dunia,

Teman..
Kembalilah berpijak dibumi,
yang nyata..
janganlah rosakkan maruah diri,
membunuh agamamu,
dan jangan sesekali,
tergadai negaramu sendiri..
Alam ini ibaratkan,
pentas lakonan..
mainkanlah watak insan,
yang beriman,
usahlah menjadi pelakon,
yang rosak akhlaknya..

Teman..
Bersyukurlah kita,
kerana kita insan yang terpilih,
untuk hidup dimuka bumi ini.
Bangunlah wahai teman..
Sedarlah kau umpama,
permata yang perlu dijaga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan