Rabu, 1 Julai 2009

Cerita Sebuah Mimpi

"Jangan cuba mendustai ape yang awak
rasa"
"awak cuba berselindung,
dibalik kata-kata,
sedangkan hati awak amat kecewa"
"Bahagiakah awak bila melihat,
ada insan lain kecewa,
kerana terus menanti,
kasih dari awak",

Insan ini meluahkah isi hati..
aku cuba memahami ayat2nya..
rasa sebak bila cuba mengerti,
tangis kutahan hanya dalam hati..
Dia hanya memandang,
minta dihargai,
tapi aku terus membisu...

Namun disatu sudut yang berbeza,
ada insan lain yg sedang asyik memandang,
rasa resah berlegar-legar disekeliling,
apakah perlu aku berhadapan,
dengan insan-insan ini???
adakah aku telah melukai hati,
insan-insan ini,
sampaikan menjelma dialam mimpi??

Akhirnya mimpi ini berlalu sepi..
tanpa penyudahnya..
sedangkan aku masih,
tercari-cari makna disebalik semua ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan