Ahad, 18 Julai 2010

Demi kasih padamu..
aku meneguk pahitnya..
kehidupan kerana,
perpisahan ini,

Bukan masanya untuk,
aku mengeluh,
menangis,
meratap,
tragisnya luka yg,
kualami saat ini,

Sudah sampai masanya,
untuk aku bangun,
berdiri,
belajar,
menghadapi,
melangkah dengan yakin,
redha dgn segalanya!!!

Sabtu, 17 Julai 2010

Seandainya Kau Tahu

Seandainya kau perhatikan..
sejenak keadaanku..
dengan pandangan yang,
tdak d'pengaruhi,
emosi & nafsu hati,

Pasti kau temui..
Kesengsaraan,
Kesunyian,
& Kelukaan,
dalam hidupku ini..

Selasa, 27 April 2010

Kenangan Kita

Begitulah terjadi di antara kita...
perjalanan yg dilalui,
penuh onak n duri..
lalu kita tewas diarus,
yg ganas...

ku tak berdaya lagi..
untuk mengharungi..
liku-liku ombak cintamu..
melepaskan kau pergi,
itu yg terjadi..

mungkin sudah suratan takdir,
cinta kita sampai disini,
perpisahan ini mungkin,
membawa hikmah..
aku redha..
pengalaman cinta..
ku abadikan dalam jiwa

Khamis, 1 Oktober 2009

Rahsia Hati

Andai kata kupunyai,
keberanian..
ingin kuluahkan rasa,
rahsia dalam hati ini..

Kumahu dia mengerti..
rinduku kini hanya untuknya..
Setiap masa namanya..
meniti dalam minda..
setiap detik yang kulalui..
kuberharap dia ada disamping menemani..

Sukar kujelaskan dengan kata-kata..
sungguh tersiksa memendam rasa..
Apakah itu CINTA???yang didambakan..
setiap insan..ATAU mungkin jua..
ia hanya permainan perasaan cuma???

Aku ingin melupakan dia..Tapi??
Rasa sayang yang mula menebal..
sukar untuk aku selindung..
Apakah Rinduku akan terbalas..
& bersediakah aku untuk melalui..
semua ini untuk sekian kali???
Hanya ALLAH yang mengatahui..

Selasa, 18 Ogos 2009

Adakala kita cuba,
lari dari cinta..
tapi jiwa yang bergelora,
sepi dahagakan kasih sayang,
lalu memaksa kita,
menyambut kehadiran,
cinta...

Adakalanya kita cuba lari,
dari rindu..
tapi sayang yang berputik,
dihati,
meronta resah tak menentu,
lalu memaksa kita,
menerima kenyataan,
sesungguhnya hati kita,
memerlukan cinta & kasih sayang...

MAAFKAN DAKU

Bukan niatku untuk mainkan,
perasaanmu,
sesungguhnya kasih sayang,
telah banyak ku limpahkan..
bukan jua niatku..
untuk bermain kata-kata,
dalam memberi jawapan..
Jawapan IYA bukanlah,
jalan mudah bagiku.
ku tak mahu pertaruhkan,
perasaan pada cinta yang tak pasti..
Jawapan TIDAK juga bukanlah,
jawapan yang melegakan..
aku tersepit diantara 2 jalan,

Hipokritkah aku???
sering berdua bersama.
kemerseraan terpancar jelas,
gelak ketawa mengundang,
pelbagai perasaan..
Tapi dalam masa yang sama,
aku telah melukakan hati kecilnya..
HUHHHH!!!
Mengertilah....
diantara kita banyak,
jurang yang akan menanti..
dugaan pastikan melanda,
walau tanpa diundang..
luka tetapkan bertamu,
yang akhirnya membawa,
kepada perpisahan dan kelukaan..

Memang diri ini ingin dikasihi,
terigin jua dicintai,
tapi kutakut..
andai perhubungan ini tidak berjaya,
kita kan bersengketa,
akhirnya kau dan aku,
terus terpisah jauh..
jauh dimata malah dihati,
tersimpan duri berbisa..
Aku harap kau mengerti,
bukan tiada lansung rasa sayang,
dan bukan jua ku tidak berusaha,
untuk membenihkan,
rasa cinta diantara kita,
cuma keadaan yang tidak mengizinkan..
Ketahuilah aku menyayangi,
ikatan ini,
talian persaudaraan lebih,
penting dari perasaan aku sendiri..
wassalam..

KUBIARKAN SAJA IA BERLAKU

Lama menyulam cinta..
bukan tanda sayang..
sayang dan menyayangi..
bukan tanda cinta..
cinta dan menyintai..
bukan tanda setia..
setia hanya dibibir..
tak pasti dihati..
Itulah permainan dalam bercinta..

Usahlah merayu-rayu,
andai orang tak sudi,
apa guna menagih kasih,
jika terang orang dah benci..