Selasa, 18 Ogos 2009

MAAFKAN DAKU

Bukan niatku untuk mainkan,
perasaanmu,
sesungguhnya kasih sayang,
telah banyak ku limpahkan..
bukan jua niatku..
untuk bermain kata-kata,
dalam memberi jawapan..
Jawapan IYA bukanlah,
jalan mudah bagiku.
ku tak mahu pertaruhkan,
perasaan pada cinta yang tak pasti..
Jawapan TIDAK juga bukanlah,
jawapan yang melegakan..
aku tersepit diantara 2 jalan,

Hipokritkah aku???
sering berdua bersama.
kemerseraan terpancar jelas,
gelak ketawa mengundang,
pelbagai perasaan..
Tapi dalam masa yang sama,
aku telah melukakan hati kecilnya..
HUHHHH!!!
Mengertilah....
diantara kita banyak,
jurang yang akan menanti..
dugaan pastikan melanda,
walau tanpa diundang..
luka tetapkan bertamu,
yang akhirnya membawa,
kepada perpisahan dan kelukaan..

Memang diri ini ingin dikasihi,
terigin jua dicintai,
tapi kutakut..
andai perhubungan ini tidak berjaya,
kita kan bersengketa,
akhirnya kau dan aku,
terus terpisah jauh..
jauh dimata malah dihati,
tersimpan duri berbisa..
Aku harap kau mengerti,
bukan tiada lansung rasa sayang,
dan bukan jua ku tidak berusaha,
untuk membenihkan,
rasa cinta diantara kita,
cuma keadaan yang tidak mengizinkan..
Ketahuilah aku menyayangi,
ikatan ini,
talian persaudaraan lebih,
penting dari perasaan aku sendiri..
wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan