Isnin, 9 Mac 2009

Rindu seorang sahabat

Telah kucuba meminta darimu,
agar menjaga persahabatan ini,
namun apa dayaku terlerai jua kata..
mungkin takdir yang meminta.

Bermusim kita bersama,
menyemai ikatan persahabatan,
indah disulami kasih sayang,
dihiasi senda gurauan,
bahagia dengan usik mengusik,
itulah kita diibaratkan sahabat ceria..

Sahabat..
Biarkan ku simpan senda gurauanmu,
segala kata-katamu itulah menjadi penawar,
andai kata masih ada rindu dihatimu,
kenangilah aku sebagai,
seorang sahabat yang setia..

Terima kasih diatas segala-galanya,
persahabatan kita tidak pernah ku lupa,
dek kerana keadaan masa,
kita terpaksa mengalah..
Moga apa yang kau impikan,
menjadi kenyataan..
Sahabatmu ini tetap mendoakan,
yang terbaik untukmu..
Wassalam..Abd Jalil B Hussain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan