Sabtu, 7 Mac 2009

Pahit it2 satu Kemanisan

Inilah kali pertama aku benar-benar jatuh cinta..
Bila usia menginjak dewasa perlakuan pun semakin matang..
Tahun 2002 kupertaruhkan hidup untuk mencintai insan yang bernama Mohd Fazir Khan.
Siapa sangka dia yg berjaya bertakhta di hati kecilku..

Dalam melayari perhubungan ini pelbagai perasaan yg kurasa,
rasa gembira kerana mendapat kasih sayang,
rasa suka bila diri dicintai oleh org yg kita cintai,
n rasa teruja untuk hidup bersama...
Dia mengajar aku erti setia,kejujuran n kebahagiaan.
Cinta jarak jauh menuntut diri agar terapkan nilai2 persefahaman..
berbahagialah sesekali bersama..
pujuk memujuklah bila merajuk..
fahamilah bila dalam kesusahan..
setialah bila keliru..
dan ucapkanlah selalu kata2 rindu..

Keadaan waktu menjadikan aku lebih tabah..bahagia selalu tak berpanjangan,dugaan pastikan melanda biarpun tanpa diundang..kesilapan demi kesilapan berlaku,
tapi aku hanya mampu membisu..berdoa agar suatu hari nanti dia akan sedar kesilapannya..
2tahun berlalu..perubahan mula ketara,perhubungan mula menjadi renggang,
Waktu bersama boleh dihitung..3bulan sekali bertentang mata..bersua muka hanya seketika,berhubung jarang sekali..
Bukan tak pernah kuutarakan apa yg berlaku,
aku sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian,
namun setiap kali berbicara,
kata2ku umpama mencurah air di atas daun keladi..
setiap kali memungkiri janji ada saja alasan yg tdk munasabah diberi..
Namun ku kuatkan hati,cintaku tak berbelah bagi..
ku korbankan rasa,
kupendamkan kelukaan,
kulemparkan segala prasangka dan kukuburkan kemarahan..
Kubiarkan perhubungan ini berlalu begitu saja..biarkan dia mencorak sendiri,
Siapa aku dihatinya..hanya dia yang tahu,
Dimana letaknya kasihku..biar dia yang menentukan,
aku hanya pasrah menunggu..
Kusangkakan pengorbanan ini akan dihargai,
rupa2nya hanya impian..
Dugaan demi dugaan datang bertimpa-timpa..
berita yang kuterima bagaikan duri mencucuk diri..
menghiris luka yang sedia ada..
Siapa sangka percintaan yg dibina hampir 4 tahun berkecai jua..
selama ini dianggap pasangan bahagia..hanya tinggal cerita,
Berita dia akan menjadi tunangan orang amat2 mengejutkan,
airmata yang kutahan selami ini terlerai jua..
mana mungkin dapat ku menahan rasa luka ini,
ketika cinta dirampas,
ketika rasa diri dipermainkan,
kecewa mengenangkan janji-janjinya..
Pelbagai persoalan bermain dibenak fikiranku,
Apa salahku?
Mengapa ini yang terjadi?
Kenapa dia tega mempermainkan cinta ini?
Sanggupkah dia melihat aku dilukai?..
Termanggu aku..
hati menjadi beku..
lidah ku kelu untuk berbicara..
terluka benar dengan sikapnya.
Akhirnya segala persoalan terjawab kini..
mengapa perhubungan kami selama ini dingin,
bukan saja jauh dimata..malah dihatinya juga,
aku telah dilempar jauh..
Rupanya cintaku dirampas,
Kasihku dipersiakan,
dan rinduku bagaikan debu..
hatinya sudah dimiliki..
Sedangkan aku terus dibiarkan terluka,
tanpa kata2 putus,
ku diibarat digantung tak bertali..
tiada sebarang penjelasan untuk menjernihkan keadaan.
Dek kerana terlalu letih menanti jawapan..
akhirnya aku mengundur diri,
biarkan saja dia memilih kebahagiaannya sendiri.
Aku terus membawa diri..
memujuk hati,
mencari ketenangan,serta memohon kepada
YangEsa agar terus dikuatkan benteng,
kesabaran dan keimanan untuk melalui semua ini..

Alhamdulillah berkat sokogan orang2 disekeliling,
aku bangun membina ketabahan hati..
Aku bersyukur disebalik semua ini..
Sesungguhnya Allah telah menjanjikan yang terbaik untuk umatnya..
Allah mengambil sesuatu yg kita sayang
dan kemudian Dia gantikan dengan sesuatu yang lain..

Kepada insan yang bernama Mohd Fazir Khan terima kasih,
atas segala2nya..sesungguhnya memori kita tetap bersamaku...

WASSALAM...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan